Tuesday, September 18, 2012

BAHAN KURSUS KSSR TAHUN TIGA

Semua guru Pendidikan Islam dan j-QAF  boleh mendapatkan bahan kursus KSSR Tahun 3 dari Ketua Panitai atau

AKTIVITI KEROHANIAN TAHUN 6

Pihak sekolah telah menerima surat arahan dari PPD supaya semua murid Islam tahun  enam wajib mengikuti  beberapa program kerohanian seperti Kem Pemantapan Akidah, Kem Solat dan Kem Celik Jawi. Semua aktiviti tersebut perlu dilaksanakan di sekolah.  Bahan program disediakan oleh panitia pendidikan Islam. Semua program yang dilaksanakan perlu ada bahan dokumentasi.  Pihak PPD akan membuat pemantauan dari masa ke semasa.  Harap maklum.

PROGRAM j-QAF

Pihak PPD di bawah program j-QAF akan mengadakan majlis Mahrajan peringkat PKG.  Semua sekolah rendah di PKG Langgar perlu menghantar  2  orang wakil iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dalam acara tilawah. satu lagi acara yang dipertandingkan ialah Kuiz

MAHRAJAN PERINGKAT PKG LANGGAR

Telah diadakan pada hari Selasa 9 Okt. 2012 bertempat di SK Abu Bakar.  Johan tilawah perempuan ialah peserta SKTR. Beliau akan mewakili PKG Langgar ke peringkat Daerah Kota Setar yang akan diadakan pada 20 okt. 2012 di Pokok Sena. 


KURSUS DALAMAN KSSR TAHUN 3


Kursus KSSR Pendidikan Islam Tahun 3 akan diadakan pada satu ketetapan yang akan diberitahu melalui e-mail masing-masing.  Kursus tersebut akan disampaikan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam.  Semua guru pendidikan Islam dan j QAF terlibat.  Harap Maklum