Tuesday, September 18, 2012

AKTIVITI KEROHANIAN TAHUN 6

Pihak sekolah telah menerima surat arahan dari PPD supaya semua murid Islam tahun  enam wajib mengikuti  beberapa program kerohanian seperti Kem Pemantapan Akidah, Kem Solat dan Kem Celik Jawi. Semua aktiviti tersebut perlu dilaksanakan di sekolah.  Bahan program disediakan oleh panitia pendidikan Islam. Semua program yang dilaksanakan perlu ada bahan dokumentasi.  Pihak PPD akan membuat pemantauan dari masa ke semasa.  Harap maklum.

1 comment: